Tuesday, October 16, 2012

Apa erti hidupmu?

Bismillah dan alhamdulillah. Allah masih memberi kita semua pelbagai nikmat-nikmat yang tidak terhitung tanpa sedikit bayaran pon. Andai dikenakan bayaran alangkah sulitnya diri untuk membayar bahkan tidak terbayar kerana banyaknya dan telitinya nikmat yang Allah berikan kepada kita.

Post kali ini hanya sebenarnya ditulis dengan rambang tanpa idea yang bernas untuk di kongsikan bersama. Cuma tangan terasa menulis sesuatu. Dan post ini ditujukan diri ini yang semakin hari semakin goyah mencari erti hidup.

Apa itu hidup? Apa erti hidup? Hidup oh hidup.

Ramai sekali yang mencari erti hidup namun jumpakah ia? Jumpakah erti yang sebenar?

Allah memberitahu kita dalam al-quran, bahawa tujuan kita dihidupkan adalah untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi ini. Tetapi menjadi khalifah mereka sangka senang sekali. Merasa berkuasa? Dengan kuasalah manusia kadang-kadang alpa apakah tujuan mereka dijadikan. Menjadi khalifah kepada diri pun kadang-kadang culas inikan mentadbir bumi. Payahkan?



Selain itu, kita juga dijadikan untuk beribadat kepada Allah. Tetapi berapa ramai manusia sekarang taat dan patuh pada Allah? Berapa ramai yang menjadi hamba kepada nafsu sedangkan kita ini hamba kepada Allah dan seharusnya kita patuh kepada-Nya bukan nafsu. Payahkan?

Tambahan, Allah menjadikan kita untuk menjadi dai'e. Mengajak ke arah jalan Allah. Tetapi berapa ramai yang berjaya mengajak manusia dan diri ke arah Allah? Berapa ramai yang takut untuk mengajak insan di sekeliling ke arah jalan Islam? Kadang-kadang diri sendiri pun tersasar jauh dari jalan yang sebenar. Payahkan?

Jadi khalifah payah, jadi abdi Allah payah, jadi dai'e payah. Jadi kenapa Allah jadikan kita untuk menggalas semua tanggungjawab itu? Kerana Allah tahu manusia mampu dan hebat kerana kitalah sebaik-baik kejadian.

Jadi jangan mengeluhlah jika itu dan ini payah. Jangan berasa down. Jangan berasa diri keseorangan. Jangan berasa semua ini tidak adil untuk diri. Jangan berasa hidup ini untuk merintih akan diri yang malang. Jangan. Jangan. Tetapi jangan sesekali mengalah untuk hadapi semua halangan yang datang kerana kita semua insan yang HEBAT.

Bagaimana mahu mencari erti hidup jika tidak melalui kepayahan dan cabaran kerana dengan itulah kita boleh "define" sendiri apa erti hidup kita dan seterusnya menunaikan tujuan kita dihidupkan.

Maka carilah erti kehidupan dengan melaksanakan tujuan kita dihidupkan. Bukankah semua perkara yang digunakan mengikut tujuan diciptakan, kita akan berasa perkara itu amat berguna?


Erti hidup itu wujud dalam tujuan kita diciptakan. Kembalilah ke tujuan asal kita dan teruslah mencari erti hidup yang sebenar.

Pandanglah kehidupan ini dengan warna warni yang indah kerana hidupnya kehidupan. Bukanlah kehidupan itu hanya mati dengan hitam dan putih sahaja tetapi dihiasi dengan warna-warna yang indah.

Ikhlas dariku,
PipitJalanan.
 

Wednesday, September 26, 2012

Matangkah dalam menilai?

Bismillah dan alhamdulillah. Syukur pada Allah masih dapat meneruskan kehidupan dalam dengan menikmati nikmat Islam dan iman. Moga-moga kita semua tergolong dalam golongan yang diberkati serta dirahmati oleh Allah.

Mungkin tajuk ini, lari sedikit dari bidang yang aku pernah tulis, tetapi terpanggil untuk menulis juga dalam perkara ini kerana sudah nampak kempincangan serta adab dalam masyarakat sekarang ini.

Adakah perkara yang terlibat dengan pihak lawan/pembangkang/kumpulan lain/parti lain adalah semua buruk sekali?

Semua idea, cadangan dan pertolongan dari pihak lawan/pembangkang/kumpulan lain di tolak kerana semata-mata mereka adalah pihak lawan walau yang perkara yang diutarakan itu bawa manfaat. Semua yang tidak sebulu dengan kita, semua buruk, semua ditolak. Bahkan jika ada individu yang terlibat dengan pihak lawan semuanya keji, walaupun sudah terbukti jasanya dalam sesuatu perkara.

Jika tidak setuju pun, pelbagai cara ada untuk dizahirkan, bukan menghina dan mencaci serta memfitnah dan  terus menyalahkan tanpa mendengar dahulu jawapan dari pihak lawan


Bukankah kewujudan pihak lawan banyak membantu suatu organisasi menjadi lebih terkehadapan melalui kritikan dari mereka. Bukan semua perkara yang ada lawannya adalah negatif.

Orang memperolehi kejayaan dengan gembira dan mudah setelah mengetahui apa yang membuatkan dia gagal dahulu. Kegagalan itu menjadi jambatan bukan halangan untuk melintas sungai yang besar.




Jika pempimpin atau orang dari pihak yang disokong, semua mulia, semua baik, pijak semut tidak mati. Sikap double standard apakah ini? Adakah kemulian dan kehormatan itu di zaman kini di hitung melalui dia itu dari pihak mana bukan kerana jasa dan adab serta sumbangan seseorang itu?

Bahkan dalam satu organisasi juga wujud satu dua yang tidak akan setuju dengan keputusan orang atasan organisasi? Adakah itu jijik dan keji? Melalui ini, suatu keputusan ditimbang rasionalnya.

Kenapa semua perkara kena sama atas dasar sama pihak dan kenapa semua perkara kena berbeza atas dasar berlainan pihak?


Lahirkan politik sihat serta matang dalam pelbagai organisasi dan paling menonjol sekali dalam politik negara. Bukan kerana kuasa tapi kerana tanggungjawab dalam membangunkan ummah serta meneruskan perjuangan ke arah kebenaran.

Untuk berada di satu organisasi/parti adalah suatu perjuangan cuma sikap "kaki angguk" perlu dijauhkan dan dibuang dan ambil lah mana yang baik dari mana-mana pun dan buanglah mana yang buruk dari mana-mana pun.

Kerana perkara yang benar tetap benar sekalipun seseorang itu berada di pihak lawan dan perkara yang salah tetap salah sekalipun seseorang itu berada di pihak yang disokong.

Ikhlas dariku,
PipitJalanan

Monday, September 17, 2012

Terdesakkah mereka?

Bismillah dan Alhamdulillah dapat kembali menulis di ruang waktu yang kosong ini. Sudah tidak lama berkunjung di "New Post". Moga-moga dengan terbitnya post yang baru ini, aku akan terus istiqamah dalam mengisi blog NotaJalanan ini dengan sebaiknya.

Dunia kini dikejutkan oleh perbuatan musuh Islam yang amat dengki terhadap Islam. Ya, walau isu ini sudah, 2-3 minggu yang lepas tapi ini bukanlah isu yang remeh. Dan ini bukanlah kes yang pertama, sudah banyak lagi cubaan menghina nabi, bahkan ada yang berjaya komersial penghinaan mereka terhadap Nabi kita yang Mulia.

Perasaan sedih melihat trailer cerita yang dibuat oleh rakyat Amerika-Israel tentang Nabi. Begitu hina sekali mereka menghina nabi kita. Tidak tahu mana satu rujukan yang mereka ambil. Sedangkan banyak buku-buku rujukan di luar sana boleh dijadikan rujukan.

Tidak sampai seminit aku melihat, Tutup.Tak sanggup. Marah.

Begitu "desperate"nya orang-orang kafir menghina nabi kita dan Islam. Terdesak sungguh membuktikan bahawa Muhammad dan Islam itu sesat. Terdesak. Terdesak.

Islam tidak perlu pun pelbagai teknik/cara/kaedah/m
ethod untuk membuktikan bahawa agama lain itu sesat kerana kesesatan mereka adalah kesesatan yang nyata.

Tetapi tidak pernah pula kita menghalang agama-agama lain mempratikkan ritual agama mereka. Kenapa agama lain begitu dengki dengan Islam. Adakah kita pernah menghina pemimpin mereka? Bahkan kita menghormati pegangan mereka walaupun dari segi hakikat mereka adalah hina kerana kufur pada Allah.

Terdesak sungguh musuh-musuh Islam ini. Tetapi kita sebagai umat Islam bagaimanakah menentang penghinaan ini? Membunuh rakyat USA? Mengebom kedutaan AS? Tepuk dada tanya iman masing-masing apakah caranya. Sedangkan berperang ada peraturan yang ketat dalam Islam.

Di kedai pizza di Cairo,

Orang kedai : Kat malaysia x buat tunjuk perasaan ke psl orang hina nabi?

Aku : eh ada......

Orang kedai : xde pun.. xde dgr apa pun kat malaysia.

Aku : ada... esok.(Jummat 14.9.2012)


 
 Tunjuk perasaan satu method untuk luahkan perasaan marah terhadap orang yang menghina nabi tetapi biarlah dalam batasnya. Ada orang berkata, isu ini membuatkan kita lupa terhadap isu palestin dan syria. 

Tidak.Tidak. Bahkan isu inilah yang menaikkan semangat umat Islam untuk membebaskan palestin dari tangan zionis yang desperate membuktikan Nabi Muhammad itu palsu dan agama merekalah yang betul, kononnya.

Bangkitlah umat islam sekalian.

Ikhlas dari aku,
PipitJalanan

Thursday, August 16, 2012

Gagal Satu Kesalahan?

Bismilillah dan Alhamdulillah, Kita masih dipanjangkan umur ke sampai ke penghujung ramadhan. Insya allah kita semua akan meneruskan ramadhan kali ini dengan penuh jaya dan berjaya hingga ke akhir ramadhan. Mungkin semua sedih meninggalkan madrasah yang tercinta ini, oleh itu marilah kita tingkatkan amalan kita berlipat kali ganda. 

Walau ramadhan bulan rahmat namun jangan leka kerana satu amaran yang jelas nabi sebutkan tentang orang yang berada di bulan ramdhan. Ringkasanya;

“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut...."
(Hadis riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)

Nauzubillah.

Bila sebut tentang kegagalan apa yang berada di fikiran kita? Adakah kegagalan itu satu kesalahan?*tiada kena mengena dengan hadis kegagalan dalam bulan ramadhan seperti hadis diatas, manusia tergolong dalam hadis diatas adalah manusia yang gagal untuk berubah dan menyambut keampunan Allah tanpa berusaha. Dalam kes hadis ini, gagal untuk merebut keampunan Allah itu memang satu kesalahan.

Ramai manusia yang terus menyatakan bahawa kegagalan itu satu kesalahan. Maka ramailah orang yang gagal di dunia ini bahkan semua manusia gagal kerana insan itu rapatnya dengan kesalahan.

Kenapa manusia yang gagal gagal untuk melihat apa yang Allah mahu untuk kita. Kegagalan itu bukanlah satu kesalahan yang besar sehingga kini ramai yang tidak mampu menerima kegagalan. Bahkan terus jatu dalam lubang kegagalan. 

Kegagalan itu adalah satu jalan kejayaan. Ingat untuk bangun kita perlu jatuh. Berjaya itu datang setelah adanya gagal. 

Jika mahu dilihat dari kaca mata hikmah, bukankah kegagalan itu yang membuka minda kita? Bukankah dengan kegagalan itu manusia jumpa pelbagai jalan menuju kejayaan? Bukankah dengan kegagalan itu, manusia akan lebih bersungguh dalam mencapai kejayaan melebihi orang yang biasa berjaya dengan mudah?

Bukankah pelajar yang selalu gagal dalam peperiksaan akan lebih tekun dan mulozomah dengan ilmu?
Na, cantik Allah bagi untuk orang yang gagal ini. Bukanlah bermakna berjaya itu tidak bagus cuma bagi yang gagal, look at a bright sight. 

Bukan waktu hemisfera bumi itu gelap, hemisfera yang lain akan turut gelap.

Kemanisan kejayaan itu lebih manis dari orang yang merasa kejayaan dengan mudah. 


Namun ramai orang masih menganggap kegagalan itu satu kesalahan. Bahkan yang si gagal dan rakan si gagal juga mengangap gagal itu salah.

Rasulullah berdakwah ke taif tapi penduduk sana tidak terima dakwah nabi. Bahkan akan lahir dari penduduk taif itu orang yang beriman seperti nabi jangkakan. Adakah nabi itu gagal dalam berdakwah? Nabi itu sentiasa positif kehadapan dan kita sebagai umatnya harus ikut teladannya.

Tetapi awas. Jangan menyangka semua kegagalan itu bukan dari kelemahan kita. Kegagalan itulah yang menjadi cermin untuk usaha kita.

Orang yang berjaya selepas gagal adalah orang yang berani mengambil risiko dan matang menempuhi kehidupan ini. Dengan gagal, manusia lebih lama dalam alam perjuangan dan itulah yang membuat dia lebih matang dari yang lain.

Apabila sudah cukup usahanya dan doanya namun masih gagal, ingatlah Allah sedang menguji kita.

Ikhlas dari aku,
PipitJalanan.

Monday, July 30, 2012

Apa pilihan kita?

Bismillah dan Alhamdulillah, yang masih mengasihi kita dan masih melimpahi kasih sayang-Nya kepada kita hingga sekarang. Insya Allah berterusan hingga ke akhir hayat kita. Moga kita terus menikmati nikmat Islam hingga akhir kehidupan kita.

Dalam satu jalan menuju satu destinasi, ada satu jalan yang utama dan besar untuk ke destinasi utama. Dan jalan itu semestinya selalu berturap dan cantik di tepi-tepinya. Kadang-kadang di tepi-tepinya ada jalan-jalan shortcut yang menjanjikan singkat masa dan tenaga yang mencacatkan jalan utama yang lurus.

Manusia yang selalu sifatnya hendak cepat dan senang, akan selalu tertipu dengan pelawaan jalan shortcut itu dan terpedaya untuk melaluinya sedangkan jalan utama itu yang utama dan pasti sampai ke destinasi.



Tiada jaminan untuk jalan-jalan shortcut itu oleh pihak authority dan sebaliknya ada jaminan yang JELAS untuk jalan utama dan menetapi syarat wajib keselamatan yang telah di tetapkan. Namun manusia selalu masih mahu memilih risiko dari jaminan.

Itulah sifat manusia.

Sudah menjadi tabiat risiko wujudya risiko. Jalan shortcut itu bukanlah jalan yang selalu kita bayangkan, ada nya turap, tiada duri, tiada halangan. Ianya bayangan terbalik buat bayangan indah kita.

Jalan shortcut itu mungkin jalanan tinggalan manusia zaman dulu atau jalan binatang.

Kadang-kadang wujudnya sungai atau laut atau paya pada jalan shortcut itu. Mungkin ada jambatan tinggalan yang usang. Kadang-kadang tiada jalan untuk rentas. Solusinya yang pasti ialah patah kembali ke jalan utama.

Ya itu lah, bayangan atau kiasan hidup kita di dunia ini.

Jalan itu kehidupan kita. Bukan semua ikut kehidupan yang disyariatkan oleh Tuhan. Ada ambil jalan mudah hingga lupa apa yang syariat suruh. Semua hendak mudah. Semua hendak senang. Hanya bertaqlik buta pada yang buta akan syariat.

Jalan shortcut itu jalan yang tiada jaminan syariat dan halangan itulah apa yang Allah turunkan kepada kita untuk kita patah balik ke jalan utama. Namun bukan semua manusia patah balik bahkan ada yang terus merentasi sungai itu. Itulah kekufuran yang jelas. Seperti menempah tiket ke neraka. Mengikut jejak laluan yang ditinggalkan oleh orang yang kufur.

Siapa yang patah balik. Alhamdulillah.
Siapa yang rentas. Wah.. Perkasa sungguh anda. Sanggup ke neraka?

Itulah kehidupan kita. Kadang-kadang kita tersesat ke jalan shortcut dan Allah utuskan halangan atau ujian untuk kita balik ke jalan utama.

Maka janganlah kita bersedih dengan ujian kerana siapa tahu kita mungkin menjumpai apa yang Allah inginkan kepada kita dan mungkin kita sudah tersesat jauh dari jalan utama dan Allah masih sayangkan kita supaya kita kembali ke jalan utama. Mungkin kita menjumpai diri kita yang fitrah.

Jadi jangan sekali bersedih dengan ujian. Hanya patah balik ke jalan utama atau hanya rentas halangan bila pasti jalan yang anda lalui itu BENAR dan PASTI ke destinasi.

*inilah kiasan jalan yang sesat dalam banyak jalan yang kita ambil bukan menggalakkan putus asa bila ada ujian.

Ikhlas dari aku,
PipitJalanan.

Wednesday, July 25, 2012

Mana yang gembira?

Bismillah dan alhamdulillah di atas segala limpahan rahmat serta nikmat yang pelbagai lagi tidak terhitung. Sesungguhnya nikmat itu juga sebagai ujian buat kita, sama ada kita bersyukur atau kufur.

Masih konsisten untuk menulis dan menulis pada waktu sahur di mesir. Moga-moga tulisan ini bermanfaat buat anda dan peringatan buat aku.

Dalam hidup ini, sebenarnya ada dua kitaran basic buat kita sebagai seorang muslim.

Kitaran pertama
Buat kebaikan(kerana Allah) => hati bersih(ibarat bercahaya) => diberi hidayah(buat kebaikan lagi)

Kitaran kedua
Buat dosa => hati hitam(ibarat malap) => hidayah makin jauh(susah hendak buat kebaikan)

dan kedua-dua kitaran ini berulang pada yang pertama dalam kitaran masing-masing.

Maka orang yang banyak beramal serta ikhlas nescaya hatinya terang menerangi hingga boleh menjadi penyuluh jalan walau jalan yang di tempuhi itu gelap gelita.

Dan orang banya beramal maksiat serta kufur pada Allah nescaya hati nya gelap-gelita tanpa sekelumit cahaya yang akhirnya sesat walhal jalan yang dilaluinya lurus sahaja.

Pilihlah mana satu kitaran yang kita hendak hidup. Anda boleh mengubahnya.

Terang VS Gelap. To be honest, siapa lah yang suka gelap.

Rumah aku kadang-kadang blackout. Tapi yang blackout lorong jalan rumah aku saje, lorong lain molek je berlampu terang. Lorong aku ni, budak-budak selalu main lari-lari kat sini. Itulah aktiviti harian mereka pada waktu malam. Budak kecil biasalah, aku dulu pun macam itu.



Bila blackout, aktiviti budak-budak itu pun "slow"lah sikit, berbanding bila ada lampu. Aku nak naik atas rumah aku kat tingkat 6 pun tak jadi sebab tangga aku tak jumpa dan gelap sungguh. Dua tiga kali aku tekadkan semangat untuk naik. Bila dah nekad, aku naik macam orang buta.

Gelap.

Bila sampai rumah, 20-30 minit lepas itu, elektrik ada.

Alhamdulillah. Serta merta dengan sorakan budak-budak di bawah. Yeahhhh. Meriah. Macam raya.

Hati kita bila sudah gelap kerana maksiat, bila anda bertaubat dan beristighfar, hidayah Allah akan singgah jika kita tekad mencarinya. Terkikislah tompok-tompok hitam yang menjadi baju hati anda selama ini dan nescaya nur Ilahi akan singgah di hati kita. Dari gelap menjadi terang.

Perasaan hati anda? Riangnya macam budak bawah rumah aku itu.

Ikhlas dariku,
PipitJalanan

Sunday, July 22, 2012

Kurang apa?

Bismillah dan Alhamdulillah masih dikurnikan nikmat-nikmat yang besar lagi berterusan serta free of charge tanpa bayaran olehNya. Sesungguhnya Allah itu maha Pemurah lagi maha Kaya serta tidak kurang sedikit pon kuasa Allah dengan memberikan nikmat-nikmat kepada kita semua. Subhanallah.

Ramadhan bulan yang mulia serta penuh barakah, rugilah serugi-rugi orang yang tidak berebut keuntungan yang ada pada bulan ini.

Betapa ramai manusia atau KITA sendiri yang memikir air dan makanan kerana lapar dan dahaga di saat kita berpuasa dan masih lagi berfikirkan perkara yang sama di saat lepas berbuka?

Ajaibkan, bila puasa fikiran melayang ke arah makanan dan air. Ermm sedapnya, nikmatnya. Namun perkara ini lenyap tatkala lepas berbuka. Tak terasa pon nak minum selalu dan makan selalu seperti pada waktu berpuasa.

Ya, inilah sifat manusia, bila kekurangan baru teringat, bila sempurna mulai lupa.

Bila ditimpa ujian, baru terasa bertuhan, bila senang, solat dan doa hilang entah kemana, Tuhannya dilupakan yang dahulu dia merintih supaya diangkatkan ujian yang ditimpakan padanya.



Betapa ramai insan yang di luar sana, yang puasanya sepanjang hari kerana tiada apa untuk berbuka dan untuk bersahur? Betapa kerap mana kita mengingati bahawa senangnya hidup kita?

Ingat, perkataan susah itu timbul bila adanya senang.

Inilah mata pelajaran dalam Madrasah Tarbiyah of Ramadhan. Moga kita lulus dengan cemerlang.

Mat  : wei aku rasa, ada kurang kat masakan ko nh (kurang garam)

Ayie : kurang apa?

Ben  : (mencelah) kurang..... kurang bersyukur....

Seloroh. Pedas. Sakit kena smash dengan umpanan bola tanglung sendiri.

Ikhlas dari aku,
PipitJalanan

Saturday, July 21, 2012

Soal hati?

Bismillah dan Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah dan Dialah selayak-layaknya baginya segala pujian. Tidak sangka dapat menulis untuk sahur yang kedua pula. Post kali ini terhasil kerana aku terbaca di news feed FB tadi. Dan ini ulasan aku. No, aku bukan stalker cuma Allah memberi ilham melalui kamu(siapa yang terasa) kepada aku

Satu perkara yang manusia sampai bila pon tidak dapat menilai.

Ikhlas.

Ya, yang tahu bila perasaan ini wujud adalah antara Allah dan pelakunya.

Biarlah dengan macam gaya pon yang mukanya dimemekkan, siapa tahu hatinya. Soal hati.

Tapi awas, pesan insan tersayang kita, Rasulullah :

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
                                                                                              (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Andalah pilih : Qalbun sahih atau Qalbun mayyit atau Qalbun maridh? Biarpun tidak tertafsir dek perlakuannya, kadang kala terzahir pada tafsirannya.

Bagaimanakah? Anda ikhlas? Tahukah? Itu anda sendiri yang jawab. Biar beribu jawapan yang diberi oleh seseorang atau kawan atau guru tentang tanda-tanda kita ikhlas, kadang kala hati ini suka menipu dan seolah-olah menyakinkan diri bahawa frasa "saya ikhlas" itu menjadi selaput yang meliputi isi hati. Katanya menyedapkan hati, aku ada sifat itu dan ini sama macam yang guru sebutkan.



Namun itu urusan kamu dengan Tuhanmu. Siapa tahu?

Ambillah baju yang kamu paling sayang atau hadiah dari orang yang tersayang dan berikanlah kepada orang yang kamu paling sayang. Perasaan apakah yang timbul?

Reda? Resah? Think twice? ........... Ikhlas?

Sengaja bubuh ending dengan persoalan. Moga terjawab persoalan yang timbul dengan persoalan. Insya Allah.

Moga Allah terus memberkati kita semua.

Ikhlas dari aku,
PipitJalanan

Friday, July 20, 2012

Kenapa sebulan?

Bismillah dan Alhamdulillah. Allah masih menurunkan ilham dan idea serta ilmu-Nya yang maha luas kepada kita semua. Adapun apa yang berada dalam ilmu kita hanya secebis ibarat jari yang diangkat dari laut yang luas dan yang tinggal sedikit di jari kita itulah ilmu yang ada pada kita dan lautan luas itu adalah ilmu Allah yang maha besar.

Maka janji hanya tinggal janji. Penulis janjikan post yang lain tetapi post kali ini bukanlah berkisar tentang solat, namun penulis merasakan idea yang tengah berkembang biak dalam kepala ini perlulah di luahkan dahulu kerana kita sudah berada di masa yang sesuai untuk penulis terjemahkan dalam bentuk tulisan. Insya Allah.

Kali ini moga-moga simple tapi bernas.


Ramadhan. Ya kami di mesir puasa sehari awal dari Malaysia, malahan rata-rata negara di dunia ini mula berpuasa jumaat. Ada apa pada ramadhan ini?

Dalam hidup kita ini, sebenarnya banyak sungguh medium kita untuk mendekati Allah secara tidak langsung. Tidak percaya? Percaya atau tidak, dalam bulan ramadhan berapa ramai muslim di dunia ini memasang harapan untuk berubah menjadi lebih baik dan menjadi hamba yang setia pada-Nya. Jika anda seorang student, percaya atau tidak, Exam sebenarnya telah menjadikan kita lebih dekat dengan Allah. Cuma berapa ramai sahaja yang sedar.

Itu belum dicampur dengan ujian, jawatan dan pelbagai lagi. Malah hidup seharian juga menjadi medium untuk kita mendekati Allah dengan lebih dekat.

Biarlah orang berkata apa pon, bila ramadhan baru hendak sedar, bila exam baru berubah, at least kita ada titik mula untuk berubah dari yang mengata itu. Kerja kita di dunia bukan untuk menilai orang ini begini atau begitu.



Dan Alhamdulillah kita kini berada dalam medium mendekati Allah dan gunakan lah peluang yang Allah buka seluas-luas ini untuk berada di sisi-Nya. Rugi sungguh orang yang tidak berebut peluang ini.

Insya Allah lepas sebulan. kita akan dapat rasakan apa yang Allah mahu tunjukkan kepada kita ini. Tingkatkan amal dan terus istiqamah dalam amalan. Biar sedikit tetapi berterusan. Bila sebulan lihatlah hasilnya. Nescaya kita hamba-Nya yang produktif dan madrasah ramadhan tidak pernah gagal.

Kenapa perlu sebulan. Kerana manusia perlukan masa at least sebulan untuk berubah dan terbukti di hari raya yang lepas-lepas, suma berasa kekok untuk minum atau makan di pagi raya!

Maka dalam sebulan ini, rebutlah peluang dan ubahlah diri nescaya berhasil menjadi insan yang lebih baik dan di rahmati oleh Allah.

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dgn keimanan dan mengharap pahala, maka diampunkan untuknya dosa-dosa yg telah lalu" 
(Hadis Riwayat Bukhari)
Ikhlas dari aku
PipitJalanan 

Tuesday, July 03, 2012

Hati oh Hati.

Alahmdulillah wa salam ala rasulillah.
Kita bertemu kembali di dalam post yang santai kali ini. Berhabuk sudah blog ini. Penubuhan blog yang kali ke berapa aku pun tidak tahu. Tapi yang pasti insya Allah blog ini mungkin blog yang pasti untuk aku menulis untuk umat ini dan untuk aku sendiri. Moga-moga Allah berikan aku kekuatan untuk menulis lagi. Sebenarnya, aku dengki juga dengan blog yang lain. Ayat bukan main lagi tersusun, santai dan yang penting matlamat yang dia ingin sampaikan itu sampai kepada pembaca. Bila aku baca post aku. Hurmm.. terasa panjang giler. Ahh ada ke orang hendak membaca?

Akhirnya aku cuba muhasabah sendiri dan cuba membaiki cara penulisan aku. Insya Allah cukup santai dan bahasa yang digunakan mungkin bahasa-bahasa rojak. Abilah aku dengan Cikgu BM. Maaf cikgu. Post yang lepas aku rasa aku janjikan tentang sambungan solat iaitu Peninggalan Solat. Hurmm.. maaflah ye.. hari ini baru ada mood untuk menulis dan idea br datang. Insya Allah mlm ini aku akan menulis lagi untuk post yang aku telah janjikan. Nantikan pembahruan cara aku. Tetapi kalo tak berubah juga.. aku pun tak tahu.

Hari ini hari last exam major subjek. Perghh... Lega dia bukan main lagi... Namun pengakhiran exam ini dengan cara aku kantoi jawab soalan sungguh tidak seronok. Hurm.. Selalunya akulah yang tukang comfort orang.. Then bila kena batang hidung sendiri. Dush2... Aku cuba console dengan diri aku sendiri. Mula dengan sms ayah, then ayah suruh banyakkan doa. So lepas zohor tadi punya lama aku berdoa dalam sujud. Mohon pada Allah ditenangkan hati dan memberikan aku kejayaan.

Ya.. bila kita yang tukang mendengar manalah sama dengan tukang bercerita. Kita cuba untuk memberikan nasihat pada orang, Namun pada diri? Itulah, diri selalu sombong dengan nasihat hati sendiri. Kata-kata dahulu yang diungkap waktu orang kesusahan, bila diaplikasi pada diri bagai ada perisai untuk kata-kata itu tembus ke hati sendiri. Hati oh hati.

Tuesday, June 12, 2012

Solatmu Sekadar Ritual?

Bismillah dan Alhamdulillah kepada Allah yang memberikan kita pelbagai nikmat sehinggi kini yang banyak tidak terhitung dan tidak pernah pula Dia meminta sebarang bayaran. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, nabi Muhammad dan ahli keluarganya.

Sudah selesai urusan pada hari ini dengan jayanya. Alhamdulillah exam tadi insya Allah tidak punya sebarang masalah. Usaha sudah then ikhtiar perlu dititipkan. Sebenarnya, post ini adalah sambungan post Bagaimana Agamamu? kerana post itu ditulis waktu yang singkat dan dalam keadaan aku yang agak letih dan penat, maka post itu hanya fokus kepada satu perkara sahaja iaitu kebaikan solat.

Dan agak ringkas sedikit tulisanya, namun aku rasa biar ringkas asal orang boleh dapat isinya. Panjang siapa yang hendak baca. Aku sendiri malas baca artikel yang panjang-panjang. Cuma ingin diingatkan kepada pembaca jika berkaitan hukum-hakam harap dapat baca dari hukum hingga ke penjelasan hukum itu berlaku. Jangan ambil jalan shortcut dalam bab hukum ini.

Ok, back to the point, kali ini post ini membincangkan perihal solat kita. Adakah sekadar ritual? Atau suatu perjumpaan istimewa antara tuhan dengan hambanya? Ikhlas atau terpaksa itu soal hati. Tiada siap dapat mengukur hati kamu. Hanya kamu dan Allah sahaja.

Sepertinya yang dikatakan di post yang sebelum ini. Solat ini adalah satu ibadat yang istimewa dan ekslusif yang di perintahkan kepada kita kerana solat ini datang by "hand" dari Allah kepada nabi Muhammad.

Banyak hadis-hadis sahih yang menceritakan tentang peristiwa isra' dan mikraj ini. Bagaimana bermulanya, siapa nabi jumpa dan apa nabi buat ketika isra' mikraj, pertemuan dengan Allah dan point yang ingin aku tekankan dalam post kali ini adalah bagaimana penurunan wahyu tentang solat itu kepada nabi.

Ketika inilah solat mula diwahyukan kepada nabi. Lihat bagaimana Allah angkat martabat ibadah solat itu. Diberikan live tanpa ada perantara malaikat yang biasanya membawa wahyu kepada nabi. Sungguh istimewa solat ini.

Ketika solatlah kita berjumpa dengan Allah, ketika solat lah kita berdoa kepada Allah, ketika solatlah kita mengadu pada Allah, ketika solatlah kita membesarkan Allah dan ketika solatlah kita menghambakan diri kepada Allah.

Bagaimana tidak ekslusifnya solat ini, sehingga dari kecik sudah diasuh dan di ajar oleh nabi untuk solat. Tidak seperti ibadah yang lain. Tiada penegasan yang khusus bukan bermakna tidak ditegaskan tapi penegasan yang KHUSUS ada pada solat. Jika ibadah yang lain, sungguh tiada dalam pengetahuan aku, ada penegasan yang khusus ketika waktu manusia kecil ada atau tiada tetapi secara amnya aku pasti ada. Jika saudara tahu, silalah berkongsi ilmu dengan aku.

Rasulullah bersabda : "Suruhlah anak-anakmu mengerjakan sembahyang ketika umur mereka tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka enggan melakukannya ketika umur mereka sepuluh tahun.” 
(Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud). 
* aku mencari di internet ada yang menambah "...dan pisahkan tempat tidur mereka"
setakat ini aku cuba mencari mana satu yang betul atau ada dua hadis yang sama perawinya. Maafkan aku kerana aku mencari hadis daripada internet dan banyak sumber. Dan hadis di atas ada di catatkan dalam blog imam muda asyraf. Hadis ini sebenarnya masyhur cuma matan hadis yang sempurna aku masih mencari. 

Begitu sekali Rasulullah tekankan ibadah solat ini. Dari kecil sudah diajar dan di pukul jika tinggalkan solat ini. Sudah nampakkah berat dan utamanya ibadah solat ini.
Begitu berat pun nabi tekankan, orang di masa sekarang hanya menjadikan solat sebagai paksaan dan bebanan. Hanya tunduk dan berdiri, sekadar mencukupi syarat ibarat ayam mematuk makanan. Adakah itu yang sahaja kita buat ketika kita solat. Hanya tunduk dan berdiri? 

"janji solat"

"alah cukup syarat je.. yg lain itu sunat"

"ahh.. mls nya..."

Dari segi perbuatan sudah sempurna tetapi rohaninya masih kosong. Adapun orang ada urusan mungkin dia hendak solat secara cepat namun rohaninya mesti tidak ditinggalkan.

Ketika berdirinya bagaimana kita membacakan Al-fatihah, bagaimana kita menghayati surah itu, cukup sempurna surah itu, dari mengesakan Allah hingga menghambakan diri kepada Allah. Tetapi kebanyakaan manusia membaca seperti menguyah makanan. Tiada makna.
 
 
 
Ketik rukuk dan sujudnya bagaimana kita memuji dan bertasbih kepada Alla, Maha suci Allah dan menghambakan diri kita kepada Allah. Tetapi ramai orang yang tongang tonggek sahaja rukuk dan sujudnya seperti ayam mematuk makanan. Tiada makna.

Tiada makna. Letih.

Sesunggunya Allah tidak pernah membebankan kita dengan apa yang kita tidak mampu. 

Solat itu senang dan mudah jika kita anggap solat itu pertemuan dengan Allah dan kita dan susah serta payah jika anggap solat itu satu bebanan dan ritual!

Sesetengah ada yang solat tergopoh gapah dan gelojoh hingga hilang apa tujuan sebenarnya solat.

Seruanku, berlajar lah bagaimana hendak solat dengan betul dengan ustaz-ustaz, ulama-ulama yang masih hidup ini. Tidak rugi memberikan masa kita dengan perkara ini bahkan menjadi jaminan kita di dunia dan akhirat.

Solat itu lebih dari sekadar tunduk dan berdiri sahaja.

Jika yang ada asas, aku sarankan belilah buku "Panduan Solat Sempurna" oleh Ustaz Zaharuddin. Buku itu dia punya huraian ayat sesuai untuk umum dan ada panduan  bergambar pula. Maka salinglah kita membaiki ibadah solat kita. Bagi aku lebih baik belajar direct dari yang berkaliber mengajar agama cuma jika hendak membuat rujukan atau payah mencari orang carilah buku itu atau buku-buku yang muktabar bukan buku-buku yang banyak seleweng huraian solatnya.

Sedarlah bahawa solat itu adalah pendidikan rohani dan jasmani serta tarbiyah dari Allah. 

Ingatlah bahawa nabi ada berpesan :

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Yang membezakan (seorang itu mukmin) dan kufur serta syirik adalah meninggalkan solat". 
(Hadis Riwayat Muslim)

Insya Allah setakat ini dulu, rasanya sudah panjang post ini. Moga Allah berikan kekuatan lagi pada diri aku hendak menulis akan tentang bahaya tinggalkan solat ini.

Ikhlas dariku,
PipitJalanan

Friday, June 08, 2012

Bagaimana Agamamu?

Bismillah dan Alhamdulillah, sekali lagi Allah berikan kekuatan untuk menulis walau sibuk dengan exam akhir tahun. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia rasul akhir zaman, nabi Muhammad.

      Masih ada ruang untuk aku meluangkan masa untuk menulis dan berkongsi apa yang ada dalam diri. Begitulah adat manusia, hidup untuk memberi agar semua orang dapat merasa menerima. Allah juga sifatnya memberi dan tidak pernah pula Dia meminta. 

      Anda apa khabar? Bagaimana iman mu? Sihat kah? Sakit kah? Pernah tidak kita tertanya-tanya bagaimana keadaan iman kita? Jika pernah Alhamdulillah, jika tidak mungkin ini soalan yang pertama untuk kamu yang tidak pernah bertanya. Dan tidak salah jika aku tanyakan bagaimana agamamu?

      Ya, jika iman masik ok, namun amalan yang menunjukkan iman itu sihat tidak pernah dilakukan, maka sebenarnya engkau tertipu dengan syaitan! Mana mungkin iman yang sihat, tapi agama yakni cara hidup tidak melambangkan iman yang sihat. Dalaman yang baik menunjukkan luaran yang baik.

Buktinya :

Sabda Rasullulah “Ketahuilah bahawa dalam jasad ini ada segumpal daging, apabila segumpal daging itu baik, maka akan menjadi baik semuanya, dan apabila segumpal daging itu buruk, maka akan buruklah semuanya, ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

      Apakah yang membuktikan bahawa  agama kita masih tertegak dalam diri dan hidup kita? Salah satunya adalah solat, dalam lima ibadah yang menjadi asas dalam Islam kerana solat adalah amalan harian, bukan bulanan, bukan tahunan dan bukan sekali seumur hidup.

Sabda Rasulullah “Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia sudah mendirikan agama, sesiapa meninggalkannya sesungguhnya dia meruntuhkan agama.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

      Masakan dalam rumah tiada tiang yang menjadi asas dalam rumah. jika tiada runtuhlah rumah itu. Begitu penting sekali solat dan hidup kita ini. Solatlah yang membezakan kita dengan agama lain. Selain itu solat menjadi penghubung kita kepada Ilahi secara direct. Terus online dengan Rab sekalian alam. Ibadah umat islam adalah ibadah yang ekslusif iaitu direct terus dengan Allah tanpa ada pengantara seperti agama lain.





Disini aku sertakan apa yang aku ambil dari facebook. Berguna juga FB, depend how you use it.

Di antara pengajaran/kesan solat pada kehidupan harian yang kita boleh lihat adalah :

1) Faktor ekonomi ( bab membazir dalam wudhu ),
2) Faktor disiplin ( solat awal waktu, luruskan saf, tegakkan badan, tertib )
3) Faktor sejarah ( kisah org kristian dan yahudi dalam ayat 5-6 alfatihah ),
4) Faktor akidah
5) Faktor kebersihan ( suci dr najis )
6) Faktor perpaduan ( solat jemaah )
7) Faktor kesihatan
8) Bagaimana memilih imam, tidak boleh ada 2 imam dalam satu solat jemah, bagaimana menegur imam, bagaimana untuk keluar jemaah andai imam tersilap...
9) Ilmu falak (menentukan waktu solat, menentukan arah kiblat)

See... how wonderful Allah hendak tarbiyah kita. Siapa kata tarbiyah itu hanya ada di sesuatu tempat sahaja. Sejak bila tarbiyah menjadi hak esklusif sesuatu tempat atau puak?

Nak bagi lagi kelebihan solat ini berdasarkan ayat al-Quran supaya kukuh lagi apa yang kita dapat dengan solat ini. Namun ikhlas itu perlu hadir dalam setiap amalan kita ini. Begitu indahnya jika seseorang itu faham akan hakikat ikhlas yang SEBERNAR. 


وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ طَرَفَىِ ٱلنَّهَارِ وَزُلَفًۭا مِّنَ ٱلَّيْلِ ۚ إِنَّ ٱلْحَسَنَٰتِ يُذْهِبْنَ 
ٱلسَّيِّـَٔاتِ ۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّٰكِرِينَ
 Dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam,sesungguhnya perbuatan yg baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk(dosa);itulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat" 
(Surah Hud; 11:114)

Dan ingat, bahawa solat itu ibadah yang direct Allah bagi kepada kita melalui peristiwa Isra' dan Mikraj. Ibadah lain hanya Allah turunkan melalui wahyu. Banyak lagi hadis-hadis yang menunjukkan keutamaan solat seperti ajar anak, beza kita dengan kafir dan macam-macam. Maaf kan aku sebab tidak mampu sertakan sebab aku menulis ini selepas subuh dan tidak tidur lagi semalaman. Tapi dunia sudah senang sekarang. Hanya google sahaja dan pastikan sumber yang diambil itu daripada sumber yang sahih.

Wallahua'lam.

Ikhlas dari aku,
PipitJalanan.

Tanpa ilmu, amal sia-sia,
Ilmu jalannya tanya,
Tanpa solat, agama sirna,
Solat mendidik manusia.

Wednesday, June 06, 2012

Serabut...

Ini post dr bwh topik nota hati, so penulisan dia agak santai, dan harap cikgu2 bm yang membaca maafkan saya.

So, nota hati nh cuma ruangan khas tuk diri nh meluahkan rasa dan santai membincangkan hal diri, kat sini rse tempat cam diari, cuma umum... hurm

Serabut, sungguh... sbb dlm satu masa byk nak buat... dah le template nh menyakitkan hari, nasib baik boleh le juga... insya allah akan di perbaharui sikit demi sikit...

Ok.. doakan ea...

Apa Lagi Halangan Kita?

Bismillah dan Alhamdulillah, segala puji-pujian kepada Allah dan sememangnya hanya Dia sahaja yang berhak menerima segala pujian. Selawat dan salam ke atas  junjungan besar, iaitu Nabi Muhammad, Nabi umat akhir zaman, penghulu segala nabi. Atas jasanya, Islam tersebar luas ke dunia ini dan sampai ke kita semua. Begitu juga sahabat-sahabat besar yang terdahulu serta khalifah-khalifah Islamiyyah yang sanggup bersusah payah dan menitiskan darah agar perjuangan nabi dapat kita sambung lagi pada masa kini. 

      Seperti biasa, aku memulakan post dengan satu pertanyaan kerana dengan pertanyaan boleh membuatkan seseorang itu menjadi "curious" akan apa benda yang hendak dilontarkan. Teknik pertanyaan juga "famous" sebagai salah satu teknik pembelajaran yang digunakan oleh pakar-pakar motivasi dalam ceramahnya. Dan ia amat berkesan sungguh. 

     Manusia itu sifatnya tidak sempurna dan mudah lupa. Fakta yang masyhur tentang manusia adalah Insan itu berasal daripada perkataan "nasi"(bukan nasi yang kita makan) yakni lupa. Insan itu makhluk yang yang cepat alpa, yang suka tergesa-gesa dan lemah. Maka kesalahan itu lebih sinonim dengan kehidupan seorang manusia. Siapa yang tidak pernah buat salah? Kecuali nabi. 


    Dalam Islam adanya dosa dan pahala yang menjadi asas suatu amalan itu. Amalan yang buruk membawa dosa dan amalan yang baik membawa pahala. Siapalah yang tidak tahu. Sedangkan yang tidak percaya agama dan orang kafir juga tahu dosa pahala. Dalam Islam adanya jalan pulang bagi yang berdosa, adanya jalan kembali menuju jalan yang satu. Begitu pemurahnya Allah pada manusia ini, kerana ia memberi jalan Taubat untuk menghapuskan dosa-dosa kita di dunia lagi. Bukanlah dosa itu sesuatu yang kekal dengan manusia bahkan boleh dihapuskan dengan cara-cara yang Al-quran dan nabi Muhammad tunjukkan.






   Kita sebagai umat Muhammad harusnya bersyukur kerana dosa kita boleh di hapuskan dengan mudah. Tahukah umat terdahulu menghapuskan dosa mereka bagaimana? Dengan membunuh diri(rujuk Al-Quran, aku sudah lupa ayat yang mana, tidak susah, zaman sekarang ada google. "Type" sahaja). Namun ramai juga yang alpa dan sombong dengan apa yang Allah berikan kepada kita. Allah sudah beri pelbagai jalan, Nabi sudah tunjukkan cara bagaimana, cuma tinggal kita untuk mempraktikkan. Kenapa susah sangat?


Adakah kerana :


"ahh.. aku dah banyak kali buat dosa, ntah Allah terima taubat aku atau tidak"


"aku macam putus asalah, tiap kali taubat, buat lagi, taubat, dosa balik"


"muda lagi der, esok tua taubat" Ini ayat "common". Drama melayu selalu ada ayat ni.
Pertama sekali. mati itu tidak kenal tua, muda, jawatan, pangkat dan harta. 


وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ
"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan."
(Surah al-A'raf, 7:34)

Kedua, Ya Allah, sesungguhnya Allah itu maha Pengampun lagi maha Pemurah. Allah tidak kejam macam kita sangkakan. Jauh sekali. Dan jalan taubat itu mudah dan luas. 

Anas bin Malik menceritakan bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, Allah Ta'ala berfirman "Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau menyeru dan mengharap pada-Ku, maka pasti Aku ampuni dosa-dosamu tanpa Aku pedulikan. Wahai anak Adam,seandainya dosamu membumbung tinggi hingga ke langit, tentu akan Aku ampuni, tanpa Aku pedulikan. Wahai anak Adam, seandainya engkau mendatangi-Ku dengan dosa sepenuh bumi dalam keadaan tidak berbuat syirik sedikit pun pada-Ku, tentu Aku akan mendatangi-Mu dengan ampunan sepenuh bumi pula."
[HR. Tirmidzi no. 3540. Abu Isa mengatakan bahwa hadits ini ghorib. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih]

Dalam hadis Qudsi Nabi SAW bersabda: Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya (dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya). Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya (dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya). Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau.
(HR al-Bukhari dan Muslim)

Namun hadis di atas ini bukanlah menjadi sebab boleh buat dosa banyak kali tapi hadis ini menunjukkan bahawa Allah itu maha Pengampun. Jika seseorang itu bertaubat SUNGGUH-SUNGGUH tetapi tergelincir juga, lalu mohon ampun, Allah akan ampunkan. Maka tiada alasan untuk tidak bertaubat setelah buat dosa. Ingat jangan sesekali putus asa pada Allah.
 
Dari Umar bin Alkhattab radhiallahu anhu, katanya: “Kepada Rasulullah disampaikanlah tawanan perang. Tiba-tiba ada seorang wanita dari golongan kaum tawanan itu berjalan ketika menemukan seorang anak yang juga termasuk dalam kelompok tawanan tadi. Wanita itu lalu mengambil anak tersebut lalu diletakkannya pada perutnya, kemudian disusuinya.
Rasulullah lalu bersabda: “Adakah engkau semua dapat mengira-ngirakan bahawa wanita ini akan sampai hati meletakkan anaknya dalam api?”
Kami(para sahabat) menjawab: “Tidak, demi Allah – maksudnya wanita yang begitu sayang pada anaknya, tidak mungkin akan sampai meletakkan anaknya dalam api.”
Selanjutnya baginda bersabda: “Nescayalah Allah itu lebih sayangkan sekalian hamba-hambaNya berbanding kasih sayangnya wanita ini kepada anaknya.”
 (Muttafaqun ‘alaih)

Percayalah bahawa Allah itu maha Pengampun lagi maha Pengasih.



Nabi s.a.w bersabda: "Sebaik sahaja Allah s.w.t menciptakan makhluk-Nya. Dia terus menulis dalam kitab yang berada di sisi-Nya di atas Arasy: Sesungguhnya rahmat-Ku mengatasi kemurkaan-Ku."
[Sahih Muslim : 4939]


Percayalah bahawa taubat itu Allah terima dan jangan putus asa. Perkara biasa kita buat salah, namun harus kita "cover" dengan taubat. Jangan biarkan ia berlalu. 

Sabda Nabi: Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya.
(HR al- Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
 

Jalan sudah ada, sudah di permudah, tinggal kita untuk amalkan. Jangan biarkan syaitan membisikkan rasa putus asa untuk bertaubat. Yakin bahawa Allah menerima taubat kita.
Pesanan Akhir ku

Nabi s.a.w bersabda: "Setiap anak Adam (yakni manusia) pasti melakukan kesalahan, sedangkan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat"
(HR al-Tirmizi dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi – hadis no: 2499)


Dalam Islam, seluas-luas pintu adalah pintu taubat.

Wallahu'lam.
  

Iklas dariku 
PipitJalanan  

 Burung pagi terbang tinggi,
Hinggap di atas pokok berduri,
Kesilapan itu satu resmi,
Taubat itu mesti,

Kebanyakkan isi aku ambil dari ceramah Dr Asri.

Tuesday, June 05, 2012

Di Mana Darjat Kita?

Bismillah dan Alhamdulillah ke atas ilahi di atas segala kurnian nikmat kepada kita yang tidak pernah henti selama ini. Sesungguh allah itu maha penyayang lagi maha bijaksana.
Selawat dan salam ke hadrat nabi kita nabi Muhammad, atas jasanya islam tersebar luas di dunia ini dan atas segala ajarannya kita berada di jalan islam yang tepat.
إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا(56)
 
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”
(Surah al-Ahzaab, 33: 56)
Di dalam ayat di atas menyatakan allah dan para malaikat berselawat ke atas baginda dan mengandungi arahan untuk berselawat ke atas nabi kepada kita semua. Bukan susah pun hendak berselawat ke atas baginda dan kelebihan selawat amatlah banyak jika ingin dinyatakan dan sudah makruf rasa nya sahabat dengan kelebihan selawat ini.
Seorang ustaz di azhar menceritakan sebuah kisah, dan aku bukanlah ingat sebiji cerita yang ustaz cerita namun cerita dia lebih kurang begini:
Bahawa ada seorang ulama(xigt nama) apabila dibacakan atau dia membaca ayat di atas dia akan berselawat tiga kali, satu kali sbb allah beselawat keatas nabi, dan kali kedua kerana malaikat berselawat ke atas nabi dan kali ketiga kerana suruhan yang ada pada ayat itu.
Dimanakah tempat kita, jika Allah dan malaikat berselawat ke baginda tapi kita sebagai umat baginda jarang sekali berselawat kepadanya. Bukan payah hendak selawat ke atas nabi, berbanding jasa nabi kepada kita semua, kalau malas pun sehari sekali, dan ditinggkatkan dari hari ke hari.
Sekarang kita sudah berada di fatrah exam dan semua orang pun busy dengan studynya. Kagum juga aku tengok semua orang sudah menghadap buku, kalau yang dulu main-main, sekarang sudah serius, kalau yang dulu jarang je buka buku, sekarang ni sudah buku di tangan tiap-tiap masa, Alhamdulillah semua berubah menjadi lebih baik. Semangat tu tiba-tiba je berkocak.
Aku juga lebih kagum dengan orang yang penting-penting dalam setiap organisasi yang ada kat sini, busy dengan kerja lagi busy dengan study lagi.. hurmm.. aku angkat tabik dengan korang. How u’all manage ur time?... moga allah memudahkan urusan korang. Insya allah jika ikhlas besar balasannya dan pengorbanan korang akan dibalas dengan setimpal. Tahniah aku ucapkan kepada mereka, jika tiada mereka, tiada kita disini, tiadalah program-program yang bermanfaat untuk kita semua.
Cuma pesananku kepada diri ku dan juga ingin aku kongsi kepada sahabat-sahabat semua, melalui fatrah exam ini, bersungguh-sungguh lah kita dalam amalan seharian kita dan dalam study kita. Sudah menjadi tanggungjawab bagi kita untuk berlajar dengan baik dan mengusai bidang ilmu ini. 
Bahkan menjadi fardhu ain bagi kita untuk menjadi seorang pelajar perubatan yang cemerlang dan mengusai ilmu perubatan ini setelah menceburi bidang ini.
Kepada sesiapa yang berada di bidang ini, sama ada melalui ikthikarah atau tidak, sama ada terpaksa atau rela, sama ada mengikut kehendak ibu bapa atau mengejar cita-cita, bersungguh-sungguh lah kita dalam mengusai ilmu ini dan percayalah kita boleh melakukkan nya. Sudah Allah tentukan kepada kita, yang kita berada dalam lapangan ilmu ini, maka terima lah dengan apa yang ditakdir-Nya. Allahlah sebaik-baik perancang dan Allah mengetahui apa yang terbaik buat kita. 
Lagipun kita sudah separuh jalan dalam bidang ini, kenapa mahu berhenti?
Jadikan fatrah exam ini, sebagai medan mujahadah nafsu dan medan menjadikan diri berubah menjadi lebih baik. Bukalah buku dan study smart! Yang jarang buka buku, yang selalu bermalas-malas, yang selalu main game, yang selalu tidur, kurangkan dan banyakkan study. Pastikan hidup ini seimbang dan ingat matlamat kita di sini.



Jadikan exam ini jambatan kita untuk mengakrabkan diri kita kepada Allah.  Orang kata :
“Alah… exam baru nak ingat Allah”
“ko solat nh ikhlas atau tidak? Sebab allah atau sebab exam?”
Dulu masa tsunami nak dtg.. beribu update status facebook dan twitter..
“tsunami datang, taubatlah”
“doa banyak2 woi.. tsunami datang”
Walaupun tsunami itu hanya amaran, berjuta orang cuak… selepas itu ada sahaja status begini
“bila tsunami datang baru nak ingat Allah”
“ohh dulu berfoya-foya, sekarang bila amaran tsunami baru nak tersungkur atas sejadah”
Hurmm… bagi pendapat aku yang hina lagi kerdil ini, bukankah ujian yang Allah datangkan itu supaya manusia itu kembali kepada Allah, kembali ke arah jalan yang benar? Kenapa hendak melekehkan orang yang hendak bertaubat? Hebat sangat kah kita? Sesungguh nya manusia sentiasa lupa dan lakukan kesalahan, sebab itu Allah datangkan balasan dan ujian agar manusia kembali ingat kepada-Nya.
Kembali kepada topik kita, jadikan exam ini sebagai jambatan untuk mendekatkan diri kepada Allah walaupun exam ini bukanlah musibah yang Allah turunkan namun ia adalah ujian bagi kita untuk mengukur di mana tahap pengusaan ilmu kita dan membuktikan kita ini manusia yang lemah dan hanya bergantung pada Ilahi kerana tiada siapa yang tahu masa hadapan kita kecuali Allah maha yang mengatahui.
Namun jangan jadikan exam ini sahaja sebagai musim mengingati Allah, lepas exam sudah lupa. 
Celakalah orang yang begini. Apabila susah baru hendak ingat kepada Tuhan, apabila senang lupakan Tuhan. Biar lepas exam ini, segala amalan yang kita lakukan berterusan hingga akhir hayat.
Boleh relate ker dengan citer tsunami dengan exam td??.. Harap faham sebab aku pon nak relatekan citer itu dengan citer tsunami susah. Hehe.. 
Tapi ini yang aku ingin sampaikan kepada semua, jangan rendah-rendahkan sahabat-sahabat kita yang baru nak mendekatkan diri kepada Allah. Sekurang-kurangnya dia sedar siapa dia, dan sedar bahawa hidup ini perlu bergantung kepada Allah sahaja kerana kejayaan itu bukan hanya membaca buku sahaja namun tawakal itu perlu. Allah yang menentukan segalanya. 
Selain itu, untuk berjaya, solat tiang agama jangan sekali-kali ditinggalkan. Ini adalah pesanan ayah aku waktu kecil dulu. Bukanlah aku ingin katakan bahawa solat untuk berjaya. Bukan ini. Kita semua solat kerana Allah. Cuma Allah ada berfirman dalam al-Quran : 
 (2) ٱلَّذِينَ هُمْ فِي صَلاَتِهِمْ خَاشِعُونَ (1) قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ

“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam  sembahyangnya”
[Surah Al-Mukminun, 23:1-2)
Ini adalah balasan yang Allah bagi yang solat dan khusyuk. Solat adalah perkara utama dalam hidup seorang muslim dan amalan pertama yang dihitung Allah di akhirat kelak. Jika ikhlas dan khusyuk, Insya Allah berjaya dunia dan AKHIRAT seperti yang allah janjikan dalam ayat quran di atas. 
Bukanlah aku ahlinya untuk menerangkan tafsir ayat ini cuma inilah apa yang aku dapat ambil pengajaran dari ayat ini. Untuk penerangan lanjut sila tanya ustaz-ustaz apa maksud yang lebih dalam melalui ayat ini.
Solatlah kita dengan solat yang sebenar dan sah serta solatlah dengan khusyuk. Jangan sekadar tunduk dan bangun sahaja, biar solat kita sah dan mengikut syarat-syaratnya. Berlajar bagaimana ingin solat dengan sempurna dan sah. Jika tidak tahu, tanya! Bagaimana mahu khusyuk, solatlah dahulu baru tahu bagaimana hendak khusyuk, jika tidak solat bagaimana hendak khusyuk. 
Selepas itu jangan lupa berdoa kepada Allah dan doakan kami semua sekali. Kalau boleh sebutlah nama kami satu-satu. Doalah dengan penuh adab dan penuh pengharapan kepada Allah. Bukankah allah telah berfirman, 

وَقَالَ رَبُّكُـمُ ٱدْعُونِيۤ أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ(60)

 Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.
(Surah al-ghofir, 40:60)


Ummu ad-Darda’ telah berkata dari Abu ad-Darda’: Sesungguhnya Nabi Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam telah bersabda: “Doa seorang muslim kepada saudara (seislamnya) semasa ketiadaannya adalah mustajab. Terdapat malaikat yang mendampinginya. Setiap kali dia mendoakan saudaranya dengan kebaikan maka malaikat tersebut akan berkata: amin, dan bagi kamu sepertinya.“
(Riwayat Imam Muslim)
Sungguh makbul doa sahabat ke atas sahabtnya yang lain. Bukan kita tidak tahu cuma kita lupa akan hadis ini. 
Tambahan lagi, rajin-rajin selak dan baca al-quran itu, cari hikmah yang di dalamnya. Banyak lagi formula yang Allah gariskan dalam al-quran itu jika ingin berjaya dunia dan akhirat.
Tawakal-tawakal juga, usaha jangan dilupa. Tinggi mana pon kita mengharap, kalau rendah juga kita baling batu, tidak tinggi juga batu itu pergi secara analoginya begini. Usaha mesti gempak sama rata macam tawakal kita.
Maafkan aku sebab panjang sangat tulisan aku kali ini. Harap dapat ambil yang baik dan tapis mana yang tidak baik sebab aku pun tidak sempurna.
Ikhlas dari aku,
Pipit jalanan.
Kita manusia biasa,
Hanya menagih jasa,
Bukan Allah memerlukan kita,
Bahkan kita yang memerlukan-Nya.

 *maaf post ini susah sangat hendak dibaca kerana tulisan rapat. Buat pengetahuan anda, 2 post yang awal ini adalah post yang awal-awal saya tulis. Jadi saya cuba masukkan dalam ini, tapi ia jadi begini.

Monday, June 04, 2012

Kenapa mereka lari?

Basmallah Sebagai pembuka bicara kita dan segala pujian dan syukur dipanjat kepada Allah. Moga-moga dengan basmallah dan tahmid menjadikan artikel dan perbincangan kita ini diberkati oleh Allah. 
"Setiap percakapan yang tidak dimulakan dengan pujian kepada Allah maka ia adalah terpotong" 
(Riwayat Ibn Hibban dalam Sohihnya; Ibn Solah dan An-Nawawi : Hadith Hasan ; Rujuk Syarah Ibn Majah oleh As-Sindi)

Pernah jumpa tak kalo kita mngajak orang ke arah kebaikan, solat ke, ngaji ke, majlis ilmu ke, orang tue tidak terima ajakan kita malah melarikan diri sahaja. Seolah-olah ekperasi muka dia cakap “bye”.  Kompom kita sakit hati dan fikir macam-macam kat orang tue. 

“Ish, dier nh. Jahil ke apa?”

“Pergh, hebat siot lawan perintah Allah.”

“Ha.. cam aku dah jumpa dah calon neraka… dia nh ar… orang ajak buat xtaw je… ish2..”

                Jika kita ada keluarkan kata-kata camni atau seumpamanya, dan jika tak meluahkan pun, terbit dalam hati ke, harap-harap kita istighfar banyak kali. 

                Siapa kita nak judge dia dari luar, sedangkan dalam hati dia kita tidak tahu apa-apa. Hebat sangat kita kalau tahu apa yang ada. Orang kata don’t judge the book by it cover. Walau common, namun biler kena kat situasi kehidupan kita, ramai yang tak dapat applykan. Sedihkan. Ayat simple tapi padat dengan makna.

                Satu lagi, penolakan dia terhadap ajakan kita tidak semestinya menolak islam. Ini saya quote kan kembali kata-kata dr Asri dalam vid utube. Pasni boleh-boleh le search. Orangnya hebat dan membawa pelbagai pembaharuan kat Malaysia ini walau sesetengah orang tidak terima pendekatan dia at least dia ada sumbangan dalam islam di Malaysia. Lagi sekali siapa kita nak judge dia, ilmu tidak lah tinggi mana, berlapang dada adalah jalan yang paling baik selagi dia tidak menyimpang jauh dari islam yang benar. Apa-apa pun kita skip bahagian itu kita terus ke main point kita. Nak bincang makan masa lak, cadang nak tulis dengan ringkas sahaja.

                “Orang kalau menolak apa yang saya bawa ini(Islam), tidak beerti dia menolak Islam. Mungkin dia menolak pendekatan saya dalam membawa islam. Mungkin saya yang salah dalam menyampaikan atau mungkin dia benar-benar tidak tahu. Kita tidak boleh kata dia menolak islam selagi dia tidak menzahirkan benar-benar dia menolak islam.” Kata-kata dr Asri lebih kurang camni lah. 

                Point yang aku nak utamakan adalah “mungkin dia menolak pendekatan saya dalam membawa islam” sebab apa ramai tidak sedar bahawa mad’u-mad’u(orang yang didakwahkan) mereka melarikan diri daripada mereka dengan sebab ini namun ramai yang salah anggap kenapa mad’u-mad’u meereka melarikan diri. 

Sesungguhnya senang sahaja hati ini bersangka buruk terhadap orang-orang di luar.

                Zaman sekarang ini, ramai para dai’e tidak sedar bahawa mereka sedang membuat fitnah kepada islam. Ya fitnah. Fitnah ini lah yang menghancurkan islam dari dalam sendiri, bahkan memburukan islam di mata orang kafir. Orang kafir dah tak payah nak burukkan islam dah sekarang ini sebab umat dia sendiri memburukkan islam. Dan sebab fitnah ini lah para mad’u melarikan diri daripada dai’e itu sendiri.
              Sama ada sedar atau tidak sedar, para dai’e yang aku sebutkan itu adalah kita sendiri. Kita sendiri adalah dai’e tidak secara langsung bukan sahaja para ustaz, alim, ulama’, tabligh atau para sufi. Sebab kat dunia ini kita ada tiga tujuan hidup yang digariskan oleh islam, sebagai hamba Allah(mengabdikan diri kepada Allah), sebagai dai’e Allah dan sebagai khalifah di muka bumi.

                Dulu point orang islam sendiri membawa fitnah kepada Islam pernah diketengah dan disebar-sebarkan dalam media massa dan di sekolah-sekolah. Namun begitulah adat manusia, sekali ingat, sekali lupa. Macam mana fitnah itu terjadi?.

                Tanya lah diri macam mana, diri sendiri pon tidak terurus, datang kuliah lewat, buang sampah merata-rata, solat pon kadang-kadang lewat dan kalau tengok orang arab kat mesir ni lagilah advance hamam merata. Lepas itu dengan perangai kita yang serba gitu, kita berdakwah kepada orang. Manalah orang nak terima kata-kata kita tue.  Ini lah fitnah yang paling besar kita buat kepada islam itu sendiri cuma kita sedar je. Mungkin bende ini remeh je buat segelintir sahabat kat sini namun benda ini dipandang besar oleh orang-orang kat luar sana, orang kafir dan para mad’u itu sendiri.

                Aku sendiri pernah jumpa dengan orang-orang gini. Sampai orang tu dah tak boleh terima dah ajakan dakwah sebab perangai buruk para dai’e yang ditunjukkan kepada nya.

“ustaz tu perangai x elok kot… buang sampah merata.”

“ish dier nh.. cakap kat surau lebat je.. tapi datang kelas lambat.”

“hurm.. kalau cakap dalil ada je kat mulut, tapi kerja sekolah x siap”

                Kita lihat sahaja contoh terbesar dan senang iaitu Nabi kita sendiri. Tengoklah akhlak baginda  yang baik dan tulus. Dengan akhlak sahaja, ramai yang memeluk islam dengan nabi pada waktu itu.

                Akhlak amatlah penting dalam kehidupan seorang muslim yang sejati. Akhlak bukanlah pelajaran cam dalam kelas itu, dia boleh belajar kat mana sahaja. Bentuk akhlak yang mulia then senang lah hendak tarik orang ke dalam islam dan bersih lah nama Islam itu.

                Namun lepas nh jangan le dah tak berdakwah, masing-masing cakap aku tak perfect ar, akhlak aku pun buruk. Ini namanya misconception about dakwah. Para sahabat yang baru peluk islam tak perlu pun meninggalkan dakwah semata-mata dulu dia teruk dan perlu baharui akhlak. Masuk je islam, terus seru kearah jalan-Nya. Para dai’e perlukan tarbiyah hati dan tarbiyah itu harus berjalan sentiasa dan seiring dengan dakwah. Tarbiyah itu yang membentuk akhlak kita dan ikutilah tarbiyyah nabi dan para ulama’.

                Tidak terlambat untuk kita berubah dan perbaiki diri. Sesungguhnya orang yang buat salah yang paling baik adalah orang yang bertaubat.


"Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa) itu ialah orang-orang yang suka bertaubat"
 (Riwayat Al-Tirmizi)
                 
Aku harap artikel yang aku tulis ini keluar dari hati dan moga-moga masuk ke dalam hati para sahabat juga. Dari hati ke hati. Dan kenapa aku gunakan aku instead of saya sebab aku ingin nyatakan  kearkaban kita semua. Dan sesungguhnya pesanan ini adalah untuk AKU dan untuk kamu.

Ikhlas dari aku,
Pipit jalanan.
Ilmu aku bukanlah sebesar kolam,
Apatah lagi segempak alam,
Hanya pedoman pesanan yang aku pendam,
Agar hidup kita semua tidak kelam,

Aku pipit jalanan,
Hanya duduk bawahan,
Bukan helang kayangan,
Bak sahabat kesayangan.