Bismillah.Sejuta kesyukuran di panjat kepada Ilahi atas
RahmanNya dan RahimNya, kita dilimpahi dengan segala nikmat-nikmat yang tidak
terhitung serta sentiasa dalam jagaanNya. Selawat dan salam ke atas junjungan
besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.
Islam ada satu agama yang lengkap dan sempurna
yang diturunkan atas muka bumi ini. Islam adalah cara hidup yang syumul serta
unggul. Cara hidup bermaksud 24 jam gaya hidup kita dipengaruhi dan dibimbing
oleh Islam bukan seperti agama-agama yang lain yang agamanya terhad dalam rumah
ibadat masing-masing. Maka untunglah siapa yang berada di bawah naungan Islam.
Islam yang dari dulu diperjuangan serta
disebarkan kepada seluruh alam melalui pengorbanan serta jasa Rasulullah dan
para sahabat serta orang-orang yang beriman selepasnya, yang tidak pernah kenal
erti putus asa serta letih, akhirnya Islam itu sampai kepada kita pada zaman
ini. Seharusnya kita semua perlu berterima kasih kepada mereka dan tidak
melupakan jasa-jasa mereka yang memperjuangkan Islam, yang mana ujian serta
halangan pada masa dahulu lebih perit berbanding sekarang untuk menjadi watak
utama dalam penyebaran Islam ke serata alam.
Dan
kitalah penggerak Islam pada masa ini serta menjadi wajib ke atas kita
menyebarkan Islam kepada semua serta mengamalkan. Terpundaknya amanah ini di
atas bahu kita semua tanpa ada yang terkecuali.
" Dan hendaklah ada di antara kamu satu
puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan
menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang
salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang
yang berjaya."
(
Surah Al- Imran : 104 )
Maka apakah sumbangan kita terhadap Islam?
Sedarkah diri ini adalah penggerak utama Islam pada masa kini? Perkara ini menjadi
amanah kepada kita untuk menyebarkan Islam di mata masyarakat serta menegakkan
apa yang betul serta membetulkan apa yang salah.
Oleh itu ada beberapa
perkara yang utama yang perlu ada dalam diri untuk menjadi penggerak Islam pada
masa kini antaranya ialah
1. Membaiki diri menjadi muslim yang sejati
Hendak atau tidak, semestinya kita membaiki
diri kita supaya “on form” muslim. Ini supaya kita punyai tarbiyah islam yang
kuat serta teguh dalam diri agar senang menjalankan kerja-kerja Islam.
Mampukah seorang jahil menjawab soalan matematik jika tidak pernah belajar
tambah tolak darah bahagi? Inilah bidalan yang sesuai untuk menggambarkannya.
Namun, ini tidak bermaksud untuk tunggu kita seratus peratus mukmin untuk kita
menjadi dai’e. Jika begini, siapa yang layak? Bukan merendahkan diri seorang
muslim itu, tapi semua tahu, iman itu naik dan turun.
Contoh dari sirah nabi adalah, semua sahabat
akan terus menyumbangkan diri sendiri untuk Islam setelah memeluk Islam. Mereka
tidak pula mengasingkan diri atas alasan amalan dan iman tidak cukup tinggi
lagi. Seharusnya proses tarbiyah itu berjalan seiring serta berpanjangan dalam
hidup kita. Kepentingan menjadi muslim yang sejati amatlah banyak dan merupakan
langkah utama dalam menjadi seorang dai’e. Muslim sejati ibarat satu cawan yang
penuh yang berisi air dan para mad’u ibarat cawan yang kosong. Jika cawan yang
kosong, bagaimana mahu mengisi cawan lain yang kosong. Maka, peribadi muslim
sejati amatlah penting dan menjadi tempat jatuh pandangan orang kepada seorang
dai’e
2. Mendekatkan diri dengan Jemaah Islam
Seorang muslim seharusnya bergerak secara
berkumpulan kerana gerak kerja sebagai tiket individu amatlah susah dan payah
tapi jika berkumpulan kita akan merasa senang dan kuat. Apa pentingnya jemaah
Islam ini? Disini saya selitkan pepatah yang popular “Tiada Islam tanpa jemaah,
tiada jemaah tanpa kepimpinan, tiada kepimpinan tanpa ketaatan.” Kata hikmah
ini disandarkan kepada Saidina Umar al-Khattab walau terdapat sanad-sanad yang
diragui, tapi ambillah yang baik pada bait ini. Maka disini ada 3 elemen iaitu
jemaah, kepimpimnan dan ketaatan. Jemaah penting dalam membentuk peribadi
muslim yang tersusun kerana wujudnya tarbiyah Islam yang tersendiri yang
disusun oleh setiap Jemaah untuk setiap ahlinya sesuai dengan tuntutan Islam
agar jati diri kuat untuk menjalan kerja-kerja Islam dan Jemaah. Gerak kerja
dakwah juga lebih tersusun dengan wujudnya jemaah. Jemaah juga menjadi medan
muhasabah kita semua, kerana terdapat orang-orang yang disekeliling sentiasa
dengan kita yang boleh menegur serta membetulkan apa yang salah.
Selepas wujudnya Jemaah, kepimpinan harus
wujud dalam satu gerakan supaya gerakan mejadi tersusun dan mempunyai ketua
yang mengemudi arah sesuatu gerakan seperti nakhoda yang menjadi ketua sesebuah
kapal. Pemimpin amatlah penting agar jemaah itu mempunyai matlamat yang tetap
dan kukuh. Bila wujudnya pemimpin, sturuktur organsasi amatlah perlu supaya
gerak kerja menjadi tersusun dan licin. Seharusnya ada perancang dan
pelaksanan, jadi tidak semua perlu berada di atas dan tidak semua perlu berada
di bawah. Yang berada di atas tidaklah penting jika tiada dibawah, yang dibawah
tidak terasing, jika tiada yang diatas. Kedua-dua golongan ini penting dalam
menggerakan sesebuah jemaah. Oleh itu, ketaatan perlulah diberikan kepada
pemimpin agar kita tidak lari dari tujuan jemaah itu sendiri.
![]() |
Ihsan images.google.com |
3. Mempunyai strategi dakwah yang berjaya
Selepas diri terlibat dalam gerakan dakwah,
maka strategi dakwah perlu dilakar supaya gerak kerja kita sebagai seorang
pendakwah berjalan dan berjaya. Seorang dai’e perlu mempunyai cara dakwah yang
tersusun agar matlamat dalam dakwah itu tercapai tanpa ada sebarang masalah.
Sedangkan sekecil-kecil perkara seperti perlawanan chess perlu mempunyai
strategi yang jitu, inikan sebesar-sebesar perkara iaitu menyebarkan dakwah
islamiyyah. Setiap mad’u, lain cara dakwahnya seperti peribahasa lain padang,
lain belalang. Maka seorang da’ie perlu “brainstorming” cara atau method dakwah
agar sesuai dengan sasaran dakwah kita. Dari lipatan sejarah nabi, kita boleh
lihat bagaimana Islam itu boleh tersebar meluas dalam tengah-tengah jahiliah di
mekah itu.
Dakwah disebarkan secara rahsia dulu agar
orang boleh terima dan tidak terkejut kerana selama ini di belengungi oleh
jahiliah. Selepas itu baru disebarkan secara terang-terang. Lihatlah strategi
dakwah nabi yang berjaya ini, membolehkan Islam itu tersebar dan diterima. Tambahan
lagi, dakwah haruslah dimulakan dengan asas dahulu, bukan perkara yang kompleks
lagi, bukan terus menghukum itu dan ini kerana para mad’u itu baru terbuka
dengan Islam bukan seorang yang tahu akan Islam. Cara ini digunakan oleh Allah
dalam mengharamkan arak itu sendiri. Arak tidak diharamkan dalam sekali arahan
kerana Allah tahu akan tahap keterimaan pada zaman itu yang sudah terbiasa dengan
arak. Selain itu, dakwah perlulah secara perlahan-lahan agar hati mad’u boleh
menerima. Jangan terlalu tergopoh gapah dalam berdakwah, ingin melihat hasil
dakwah menjadi dengan sekali sahaja. Tergopoh gapah atau ingin cepat ini harus
dijauhkan dan disingkirkan kerana inilah menjadi satu faktor kegagalan dakwah
itu sendiri.
Orang yang berada
di jalan Islam adalah orang yang berada di jalan yang benar. Maka ingatlah
Luqman al-Hakim,” Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima
nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah s.w.t. Orang yang
insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima
kemuliaan dari Allah juga”
Akhir sekali, ingatlah
bahawa Allah dan Islam tidak sesekali berhajat kepada kita, kerana Allah boleh
menggantikan orang yang lebih baik untuk menggerakkan Islam jika Dia mahu,
sebaliknya kitalah yang berhajat kepada Allah kerana lemahnya kita semua. Maka
mari sama-sama infaqkan diri kepada Islam dan moga semua amalan kita semua di terima
oleh Allah.
Janganlah
engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung
memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu,kerana manis belum tentu
menimbulkan kesegaran(kebaikan) dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
*tulisan ini adalah tulisan yang telah diterbitkan dalam buku IRIS, Majalah GEN11US Kasr Al-ainy. Copy paste dan maaf panjang sangat kerana tujuan tulisan ini ditulis untuk thaqafah islamiyah, maka penerangan yang panjang amatlah perlu untuk memahami thaqafah.
*maaf dah lama tidak update blog dan post pon copy paste =p
0 comments:
Post a Comment