Content Aware

Semua tulisan yang berada di dalam blog ini adalah hasil daripada buah fikiran aku, jika ada yang di ambil dari luar, Insya Allah akan di turut sertakan hasil rujukannya.

Tulisan aku adalah bersifat neutral dan jika menunjukkan berat sebelah itu, bermaksud hati aku lebih cenderung kepada pemikiran begitu.

Pemikiran aku bukanlah hanya berpegang pada satu sumber, namun fikrah aku Insya Allah adalah fikrah yang datang daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Kesemua pendapat adalah hasil keringat aku berfikir dan mengambil daripada beberapa sumber dan kadang kala sumbernya hanya terbit dari satu sumber sahaja. Oleh itu, para pembaca harus menilai sendiri dan tidak mengambil bulat-bulat apa yang aku cuba sampaikan dan tegur bila ada kesalahan.

Hadis-hadis dan ayat-ayat Al-Quran yang dinyatakan disini, harap semua ambil maklum dan ambil cakna tentang status hadis, ayat Al-quran betulkah atau salah. Dan rujukan hadis hanya berdasarkan kefahaman aku yang surface sahaja. Bukan mendalam. Jika hendak di huraikan dalam-dalam, harap boleh berjumpa guru-guru pakar.

Tidak kira kamu daripada aliran manakah yang wujud dalam dunia Islam ini, harus menghormati semua dan ada caranya jika ingin menegur. Hanya dengan sikap sahaja orang boleh membuat "first impression" tentang diri dan aliran yang kamu sendiri bawa. Bukan ingin melabelkan tapi itulah perkara benar yang berlaku. Ya, umat Islam sudah berpecah.

Bahasa yang digunakan oleh penulis adalah bahasa yang amat senang dan bercampur bahasa. Penulis juga menggunakan bahasa pasar dalam penulisan. 

Apa yang aku cuba sampaikan bukanlah akan hukum-hakam serta menhuraikan dalam bidang syariah, cuma aku cuba sampaikan setakat mana yang aku tahu. Cuma blog ini hanya ingin menekan nilai-nilai Islam agar berdiri teguh dalam hati kita. Jika ingin menghuraikan dalam bidang syariah sesungguhnya aku tidak mampu, hanya hal-hal berkaitan motivasi serta nilai-nilai Islam sahaja yang aku mampu bawakan. Insya Allah.

Sunday, October 07, 2012