About

Tulisan yang ada dalam blog ini adalah hasil pengalaman yang aku dapat melalui pandangan dan pengalaman aku sendiri serta pengalaman orang lain yang berada di sekeliling aku.

Aku menulis bukan kerana aku ingin orang suka akan aku, bukan kerana ingin menjadi blogger ternama dan bukan juga ingin menjadi popular tetapi aku menulis untuk menyatakan dan mengeluarkan pandangan aku terhadap kehidupan ini melalui pandangan kaca mata aku. Seperti biasa pandangan seorang insan tidak semestinya sama dengan berjuta orang yang hidup di dunia ini. Anda bebas mengeluarkan pandangan anda yang berlainan dan moga dengan perbezaan ini kita dapat cari titik persamaan. Selain itu aku menulis agar dapat aku sampaikan apa yang aku fikir dan dapat dari hidup ini kepada semua orang kerana apa yang kita dapat dalam hidup ini sungguh berbeza dan ini yang aku cuba kongsikan.

Aku bukan seorang yang rajin menulis blog tetapi aku cuba untuk mula menulis atas cadangan beberapa orang yang berada di sekeliling. Dan hasil daripada cadangan mereka, sekarang ini aku cuba untuk menulis dengan niat aku sendiri untuk menulis, maka jangan hairan jika blog ini berhabuk kerana sudah 2 atau 3 bulan sudah tidak di”update”. Cuma aku lebih rajin menyatakan pandangan aku di Facebook aku.

Bagi aku jika anda ingin “share” post yang ada dalam blog ini, silalah tapi mohon letakkan link blog aku ini dalam post ini. Cuma nanti orang boleh buat reference atas blog aku ini  Sungguh aku halalkan apa yang engkau kongsikan daripada blog aku atau daripada tulisan aku. Ilmu itu bukan milik aku seorang malah aku juga masih menuntut ilmu dan tatkala ini mungkin engkau lebih berilmu dari aku.

Tulisan aku mungkin mengandungi ayat al-quran dan hadis nabi, maka aku nasihatkan cuba semak beberapa kali dahulu sebelum mengunakannya.

Akhir sekali, terima kasih kerana sudi membaca dan harap segala ilmu yang dikongsi bermanfaat untuk kita bersama di dunia dan juga di akhirat sana. Jika ada beberapa cadangan atau komen untuk PipitJalanan silalah tinggalkan di ruangan komen pada yang berkaitan.

0 comments:

Post a Comment