Thursday, August 16, 2012

Gagal Satu Kesalahan?

Bismilillah dan Alhamdulillah, Kita masih dipanjangkan umur ke sampai ke penghujung ramadhan. Insya allah kita semua akan meneruskan ramadhan kali ini dengan penuh jaya dan berjaya hingga ke akhir ramadhan. Mungkin semua sedih meninggalkan madrasah yang tercinta ini, oleh itu marilah kita tingkatkan amalan kita berlipat kali ganda. 

Walau ramadhan bulan rahmat namun jangan leka kerana satu amaran yang jelas nabi sebutkan tentang orang yang berada di bulan ramdhan. Ringkasanya;

“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut...."
(Hadis riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)

Nauzubillah.

Bila sebut tentang kegagalan apa yang berada di fikiran kita? Adakah kegagalan itu satu kesalahan?*tiada kena mengena dengan hadis kegagalan dalam bulan ramadhan seperti hadis diatas, manusia tergolong dalam hadis diatas adalah manusia yang gagal untuk berubah dan menyambut keampunan Allah tanpa berusaha. Dalam kes hadis ini, gagal untuk merebut keampunan Allah itu memang satu kesalahan.

Ramai manusia yang terus menyatakan bahawa kegagalan itu satu kesalahan. Maka ramailah orang yang gagal di dunia ini bahkan semua manusia gagal kerana insan itu rapatnya dengan kesalahan.

Kenapa manusia yang gagal gagal untuk melihat apa yang Allah mahu untuk kita. Kegagalan itu bukanlah satu kesalahan yang besar sehingga kini ramai yang tidak mampu menerima kegagalan. Bahkan terus jatu dalam lubang kegagalan. 

Kegagalan itu adalah satu jalan kejayaan. Ingat untuk bangun kita perlu jatuh. Berjaya itu datang setelah adanya gagal. 

Jika mahu dilihat dari kaca mata hikmah, bukankah kegagalan itu yang membuka minda kita? Bukankah dengan kegagalan itu manusia jumpa pelbagai jalan menuju kejayaan? Bukankah dengan kegagalan itu, manusia akan lebih bersungguh dalam mencapai kejayaan melebihi orang yang biasa berjaya dengan mudah?

Bukankah pelajar yang selalu gagal dalam peperiksaan akan lebih tekun dan mulozomah dengan ilmu?
Na, cantik Allah bagi untuk orang yang gagal ini. Bukanlah bermakna berjaya itu tidak bagus cuma bagi yang gagal, look at a bright sight. 

Bukan waktu hemisfera bumi itu gelap, hemisfera yang lain akan turut gelap.

Kemanisan kejayaan itu lebih manis dari orang yang merasa kejayaan dengan mudah. 


Namun ramai orang masih menganggap kegagalan itu satu kesalahan. Bahkan yang si gagal dan rakan si gagal juga mengangap gagal itu salah.

Rasulullah berdakwah ke taif tapi penduduk sana tidak terima dakwah nabi. Bahkan akan lahir dari penduduk taif itu orang yang beriman seperti nabi jangkakan. Adakah nabi itu gagal dalam berdakwah? Nabi itu sentiasa positif kehadapan dan kita sebagai umatnya harus ikut teladannya.

Tetapi awas. Jangan menyangka semua kegagalan itu bukan dari kelemahan kita. Kegagalan itulah yang menjadi cermin untuk usaha kita.

Orang yang berjaya selepas gagal adalah orang yang berani mengambil risiko dan matang menempuhi kehidupan ini. Dengan gagal, manusia lebih lama dalam alam perjuangan dan itulah yang membuat dia lebih matang dari yang lain.

Apabila sudah cukup usahanya dan doanya namun masih gagal, ingatlah Allah sedang menguji kita.

Ikhlas dari aku,
PipitJalanan.

2 comments:

  1. pglaman fail berturut2 subjek 3 kredit hours hnya Allah je tahu perasaan,,
    tipulah kate tak studi,tak struggle,dah usaha mcm2,,
    studi group,wat nota,dgn ibdahnya...

    tapi last,Allah xbgi rezeki juga,
    mungkin mnjadi asbab Allah suruh refleksi diri,
    Allah nk bgi pglman lebih dr kawan2 yg lain..
    Allah nk bgi kelainan perjlanan hidup kita..

    percayalah..
    ujian itu menuntut taqarub,
    taqarub yg sebenar,
    merendahkan dan menghinakan diri sdniri di hdpanNya yg Maha Kuasa
    btapa kite ini lemah..
    dan Dia jualah pengurnia rezeki..

    kehidupan dan jalan hidup sbgai medical ini masih pnjng..
    5/5 years from now mnuntut kita belajar dari pglaman..
    mungkin tersungkurnya kita pda hari ini
    mngingatkan kita hakikatnya ketabahan utk ujian2 yg akan datang..
    kerana sesungguhnya..
    di masa akan dtg akan lebih byk ujian yg kita akan hadapi..

    kegagalana adalah persediaan kearah ketabahan dan ketulusan hati..
    ke arah mengenal Dia..
    nie lah org kate belajar untuk mengenal Allah,
    bukan skdar apply pada ape yg kita blaja dan relate dgn Allah dan penciptaannya..

    tapi dalam proses kite blaja nie,
    betapa byk ujian itu mmbawa kita mengenal Dia..

    Dia lah Si Pengurnia segala erzeki,
    Dia lah Rabb yg maha Pengasih dan Penyayang..
    Dia lah teman yg Plaing Setia
    Dialah tempat mngadu dan tempat bergantung hrpan,,
    saat hati kita luluh dan lemah..
    hilang arah..
    Sungguh..terus dan teruslah percaya bahawa..

    ALLH ITU DEKAT :)

    alhamdulillah slpas ujian fail subjek tu,
    byk bnda saya bljar..
    dan byk juga nikmat2 lain yg tak disangka-sangka..
    nikmat shbaat2 yg sudi berkongsi msalah,
    nikmat shbat yg sanggup berkorban utk kita,
    nikmat hubungan dengan famili bertambah erat,
    nikmat ditambahkan kasih syang dgn adik-beradik dan parents serta atuk nenek..

    we should thanxs to Him for giving us this chnce to be in this journey~

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... sy setuju sgt...
      terima kasih berkunjung ke blog ini

      Delete